Mengenai Saya

Foto saya
Aktif, Imajinatif, simple, jujur, namun sulit percaya dengan orang lain. saya humble untuk orang orang yg sudah mengenal saya. sedikit sulit bergaul dengan lingkungan baru. saya selalu percaya Tuhan selalu menyediakan apa yang saya butuhkan Tepat Pada Waktunya. meskipun hidup ini kejam, tapi roda kehidupan selalu berputar.

Utilitarianisme

       Teori utilitarianisme dikenali sebagai Konsep Utiliti atau Prinsip Kebahagiaan Terbanyak. Teori ini secara lengkap dirumuskan oleh Jeremy Bentham dan dikembangkan luas oleh John Stuart Mill. Secara umum, teori ini menggalakkan manusia mengambil tindakan yang boleh menghasilkan kebaikan, keseronokan, faedah, kebahagiaan, atau kegembiraan yang maksimum ke orang-orang yang terlibat. Kegembiraan pihak mayoritas lebih diutamakan dibanding dengan kesedihan yang dihadapi oleh minoritas. Kesimpulannya, tindakan yang membawa kegembiraan atau keseronokan kepada mayoritas orang merupakan tindakan yang bermoral, sementara tindakan yang menghasilkan kesusahan atau kesedihan merupakan tindakan yang tidak bermoral.

       Pada dasarnya, Teori Utilitarianisme dibagi menjadi dua kategori yaitu Utilitarianisme Tindakan dan Utilitarianisme Peraturan. Utilitarianisme Tindakan bermaksud, sesuatu tindakan itu dianggap baik jika tindakan itu membawa kesan yang menguntungkan. Sementara itu, Utilitarianisme Peraturan merupakan perbaikan dari utilitarianisme tindakan. Sesuatu itu dipandang baik kalau ia berguna dan tidak melanggar peraturan yang ada. Pendapat pertama teori Utilitarianisme adalah seseorang mestilah berfikir atau merenung baik-baik tentang akibat-akibat atau kesan-kesan tindakannya supaya tindakannya membawa keseronokan kepada orang  ramai. Sebaliknya, jika seseorang melakukan sesuatu tindakan yang membawa keburukan kepada minoritas, sebagai kaum mayoritas dibenarkan untuk mengelakkan sesuatu yang tidak baik berlaku ke atas orang mayoritas. Bagi utilitarianisme, dalam memutuskan kemoralan melancarkan sesuatu peperangan, seseorang itu mesti menimbangkan kesan-kesan sama ada keburukan atau kebaikan yang mungkin dihasilkan oleh peperangan itu. Jika kedukaan dijangka melebihi akibat-akibat yang berfaedah yang boleh dinikmati negara yang melancarkan peperangan itu, menurut etika utilitarianisme, peperangan itu tidak wajar dijalankan.Sebaliknya, peperangan itu dianggap wajar dari segi moral oleh etika utilitarianisme jika kesannya membawa kebahagiaan dan kebaikan lebih dari pada kemudaratan dan kesedihan. Guru dalam petikan telah bunuh diri dengan meminum racun karena dia hidup dalam keadaan ketakutan selepas foto-foto tidak seronohnya dipublikasikan dalam laman web facebook oleh bekas teman lelakinya. Dalam memutuskan kemoralan tindakan guru tersebut dari segi utilitarianisme, kesan-kesan tindakan dia yang menghasilkan kebaikan atau keburukan yang lebih banyak adalah sangat penting.


Contoh 2 :

Jikalau perbuatan guru tersebut dicontoh atau ditiru akan mempengaruhi masyarakat berbuat seperti dia, bunuh diri untuk mengelak dari masalah yang akan dihadapinya, apa akan terjadi? Sebagai seorang Ini akan menyedihkan dan menyakiti hati ahli-ahli keluarga mereka. Kalau mereka merupakan punca pendapatan keluarga, ahli-ahli keluarganya akan menghadapi masalah kewangan. Kekurangan yang akan mambawa banyak isu-isu masyarakat seperti, perompakan,pencurian, dan penghutangan. Banyak orang yang terbuat sesuatu tindakan yang salah tidak berani menghadapinya,secara alternatif mereka akan membunuhkan diri supaya mengelakkan masalah-masalah pada masa depan.Maka ini bermakna dari segi teori utilitarianisme, perbuatan guru tersebut adalah tidak bermoral atau tidak wajah kerana tindakannya hanya membawa keburukan yang maksimum kepada orang ramai dan pihak-pihak yang terlibat. Doktrin Utilitarianisme menghendaki kita sentiasa bertindak dan melakukan yang menghasilkan kebaikan atau keseronokan yang maksimum kepada orang sebanyak mungkin atau semua pihak yang terlibat. William Godwin menunjukkan sikap optimistiknya yang keterlaluan apabila beliau mengatakan bahwa bunuh diri hampir selalu merupakan suatu kekhilapan, karena lebih banyak keseronokan dapat diperoleh daripada pilihan menghidup. Oleh sebab beliau adalah seorang penyokong Utilitarianisme yang mempertimbangkan prinsip moral dari segi keseronakan dan kesakitan yang dihasilkan, beliau menganggap bunuh diri sebagai tidak berakhlak.

http://id.scribd.com/doc/60077900/TEORI-UTILITARISNISME-1

0 komentar:

Posting Komentar